Sabtu, 15 September 2012

AMALAN WANITA


RAHSIA WAJAH CANTIK BERSERI..
Tipsnya Senang Sahaja..  :)
Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal-mahal…
  1. Bangun awal pagi utk solat subuh. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit.
  2. Menunaikan solat zohor di tengah hari. Air wudhuk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata.
  3. Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang. Air wudhuk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang.
  4. Tidak berlengah utk solat maghrib. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut.
  5. Sentiasa ingat solat Isya di waktu malam. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran.
Memang Banyak Rahsia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T. Tapi.. Sayang.. Masih Ramai Belum Sedarinya…
 10 CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN 
10 CARA DIET YANG BERKESAN - CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
10 Teknik Simple Kuruskan Badan.
Simple simple pun, anda kena buat lah yer..Bukan baca dan lepas tu buat donno je. :)
Nak kurus, kena usaha…
Ni dia, teknik simple yang tak pernah terfikir dek akalpun sebelum ni..
Kredit kepada http://view.my/dietkamikaze (En. Ben) sebab semangat beliau membantu mereka yang nak kurus ni.
1. Katakan anda tinggal di sebuah apartment  tingkat 6. Semasa menunggu lif, biarkan orang lain menekan dahulu aras tingkat masing masing, tugas anda hanyalah melihat aras mereka. Pasti ada yang menekan tingkat 4, 7, atau 8. Anda pilihlah sendiri samada untuk turun di tingkat mana (4,7 atau 8) DENGAN MENGGUNAKAN TANGGA terus ke aras 6 (rumah anda).. Amacam! Kan kalori terbakar tu..
2. Bila makan dikenduri kawan baik anda, pastikan anda mulakan pemakanan anda dengan buah-buahan terlebih dahulu..

8 PAHALA YANG BERTERUSAN
Anas r.a berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu :
SATU – Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beribadat
DUA – Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya
TIGA – Sesiapa yang menulis mashaf(naskah Al-Quran yang bertulis tangan) selagi ada orang membacanya
EMPAT – Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakannya
LIMA – Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya samada manusia atau haiwan
ENAM – Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya
TUJUH – Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya
LAPAN – Guru Al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikitpun mengurangkan pahalanya
Mari kita rebut ‘saham’ ini untuk bekalan akhirat kita insyaAllah
Wallahu ‘alam
Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah dengan limpah kasih sayang-Nya, dapatku garapkan sebuah coretan yang kuharapkan dapat dijadikan pedoman buat semua bidadari yang  kusayang, buat semua sahabat seperjuangan, Muslimah yang didambakan. Sebelum penaku menari-nari dengan lebih kencang, kumohon sejuta kemaafan andai ada kekhilafan dalam coretan tintaku ini. Sesungguhnya segala yang baik itu adalah daripada Allah S.W.T dan segala yang buruk itu adalah daripada kelemahanku sendiri.
Abu Darda Radhiyallahu ‘anhu berkata, “Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku”.

Ukhtiku sayang,
Betapa sulit tuk bisa tersenyum saat hati menangis dan terhiris, tapi akan terasa indah bila kita menyedari itu sebahagian daripada kasih Ilahi.
Betapa sakit tuk bisa bangkit dalam keadaan terpuruk, tapi akan terasa indah ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya agar tumbuh besar dan kuat.
Betapa sulit tuk bisa memaafkan ketika kita disakiti dan dihina, tetapi akan terasa indah ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh untuk meraih awal kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai gantinya.
Betapa sulit tuk bisa menghilangkan duka kerana kehilangan, tapi akan terasa indah ketika menyedari bahawa Allah telah meminjamkan kepada kita beberapa saat untuk merasa bahagia.
Betapa sulit tuk bisa menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mencengkam, tapi akan terasa indah ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur dan menyedari itu sebahagian kasih Ilahi.
Benarlah Sabda Rasulullah S.A.W.
“ Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.”  ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Hati itu kadangkala perlu diketuk dengan dugaan supaya kita tidak hanya suka pada keselesaan, bahkan juga selesa dengan kesakitan. Begitulah pentingnya menjaga dan mendidik hati. Hati yang sihat ialah hati yang sentiasa mengingati pemilik-Nya, Ya Allah Ya Rahim. Berbahagialah hati ini bila hidup tanpa membenci. Berbahagialah juga saat kita tidak berbahagia. Kerana apabila ketidakbahagiaan muncul, bahagia tidak pernah meninggalkan kita. Tinggal kita sahaja untuk mengubah cara pandang dan fikiran kita. Bahagia akan menjadi milik kita. Seperti kata Prof. Dr.Muhaya, “Fikiran membentuk emosi, emosi membentuk sikap, sikap membentuk tindakan kita.” Justeru, bersihkanlah fikiran kita dari segala noda agar hati kita terdidik. Bersangka baiklah dengan Allah. Kerana Allah tidak akan sekali-kali menyakitimu, membebanimu dengan sesuatu yang tertanggung oleh keupayaanmu. Berdoalah pada-Nya agar diberi kekuatan dan ketabahan dalam  menikmati teguran dan kasih dari Ilahi. Sesungguhnya semua itu pasti ada ganjarannya.
Bagaimana kita dapat mengubah cara fikir dan cara pandang kita? Ini yang perlu diberi perhatian dari kita semua. Pada waktu timbul sesuatu  yang tidak menyenangkan, kekesalan dan gangguan emosi datang pada kita, sesungguhnya gejolak dan permainan perasaan begitu hebat. Menggoncang kesedaran kita, menggoncang harga diri dan ego kita. Dalam sekelip mata sahaja, kita boleh hilang mood, menjadi garang, dan terasa perubahan raut wajah, hilangnya senyum dari wajah yang tadinya manis, denyut nadi yang tak teratur, membuat hari kita terasa sangat resah dan kacau bilau. Membuat kita secara tidak sedar bahawa perkara  ini TIDAK BAIK, TIDAK BERMANFAAT, MERUGIKAN diri sendiri dan orang lain. Memang susah untuk mengendalikannya, tetapi yakinlah ada satu sisi baik  manusia, yang bila “suara”nya didengari, ia akan dapat menakluk  suasana kacau di dalam hati. Suara dari sisi baik  akan berkata : “Sudahlah… lupakan semua, jangan lagi berperang dengan ketidakpastian dan ketidakjelasan sifat orang lain! Perhatikan diri  sendiri dahulu, kita seharusnya memperbaiki diri sendiri dan menunjukan perubahan ini kepada orang lain sebelum kita menginginkan orang lain berubah untuk kita”
Mengapa suara itu tidak didengar oleh kita? Kerana kita terlalu banyak mendengar suara sisi jahat yang memang  suaranya jauh lebih besar daripada suara sisi baik. Sebaliknya, suara sisi baik memerlukan kesedaran kita untuk mendengarnya, kerana suara itu begitu halus, lembut dan nyaris tidak didengar. Hanya hati yang sedang tenang dapat  mendengarnya. Siramlah kepala yang sedang panas dengan air sejuk, duduk dan renunglah kembali. Mula untuk menjadi pendengar yang baik, maka kita akan lihat  ada pertarungan Si JAHAT dan Si BAIK.  Tajamkan pendengaran kita dan amatilah suara Si Baik. Maka keindahan itu ada di sana. Jawapan dari persoalan hidup ada disana. Kebijaksanaan juga ada disana. Berbahagialah disaat ketidakbahagiaan itu datang, kerana kita akan semakin dewasa, kita dapat semakin bijaksana, belajar mengatasi masalah yang datang dalam diri sendiri, belajar mengatasi semuanya sendiri, dan mengembangkan potensi “pencerahan” di dalam hati..InsyaAllah~
Pesanan terakhirku buat ukhtiku sayang,
“Kamu terlalu cantik dengan hiasan taqwa, tersangat cantik dengan memiliki jiwa yang ikhlas dan redha. Itulah kecantikan yang akan kekal selamanya”
Sekian, wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan